Tuesday 26 July 2011

Rundi pun sama naik tak berani lawan, agak itu sebab dapat "Datuk"

PPP sambut kenyataan Rundi

Parti Progresif Penduduk (PPP) mengalu-alukan ‘kemesraan’ yang diluahkan oleh Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Stephen Rundi Utom pada Sabtu lepas.Pengerusi PPP Sarawak John Lau berkata, parti tersebut gembira dengan kenyataan Rundi yang mengatakan PBB tidak pernah menghalang kemasukan PPP ke Sarawak.
“Kita tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa (di kalangan komponen BN Sarawak) kerana kita datang dari keluarga besar yang sama.
“Kita berada di sini kerana percaya kita berupaya menyumbang ke arah pengukuhan Barisan Nasional,” katanya.
John Lau berkata, Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas menjelaskan kehadiran parti itu di sini ialah untuk membantu BN meraih sokongan di kalangan rakyat.
Rundi memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat PBB di ibu pejabat parti, terpulang kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menerima PPP atau sebaliknya.
“Kita ingin mengukuhkan parti (PBB) kerana mahu menyaksikan BN Sarawak terus kukuh dan kita sentiasa menyokong BN pusat. Kita mahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN) meneruskan kemenangan di Sarawak,” katanya.
PPP, satu-satunya parti komponen BN yang tidak memiliki sebarang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), merupakan parti pertama dari semenanjung dari kalangan parti komponen BN melebarkan sayapnya ke Sarawak.
Kayveas, ketika menghadiri Program Khidmat Komuniti PPP di Kota Sentosa pada Sabtu lepas, memberitahu pemberita parti tersebut akan bertanding di kerusi yang sering dimenangi pembangkang.
Pada malam sebelum itu, dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kayveas menafikan kelulusan penubuhan cawangan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak bermaksud pucuk pimpinan BN merestui kehadiran mereka di Sarawak.
Setakat ini, PPP memiliki 13 cawangan merangkumi Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Bengoh, Dudong, Sibu, Meradong, dan empat lagi cawangan di Bintangor.
Mengenai kenyataan oleh Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (SUPP) Dato Sri Wong Soon Koh mengatakan PPP tidak boleh membandingkan mereka dengan SUPP dari aspek menjaga kepentingan kaum Cina, John Lau berkata, mereka tidak pernah membuat perbandingan dengan mana-mana parti dalam BN.
“Semua parti-parti komponen BN tidak boleh dibeza-bezakan kerana melengkapi antara satu sama lain.
“Komitmen semua parti membolehkan BN meneruskan pentadbiran di negara ini sehingga ke hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment